Biografi Yana Zein

Yana Zein dilahirkan pada 27 Ogis 1969 di Moscow, Rusia. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Ora et Labora, Panglima Polim.

Pada tahun 1993, Yana Zein pernah berkahwin dengan dengan Fahmi Darmawansyah (kini suami kepada Inneke Koesherawati) sebelum bercerai.[1]

Yana kemudiannya memilih seorang lelaki yang dikenali sebagai Nono dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Aurelia Callista Carilla dan Alika Pandora Salvine.

Pada 8 Julai 2016, Nono telah meninggal dunia disebabkan oleh parkinson. [2]

Pada tahun 2015, Yana disahkan menghidap barah payudara yang kemudiannya menyerang ke hati dan limfanya. [3] Selain menjalani kimoterapi dan fisioterapi, Yana pernah mendapatkan rawatan di Guangzhou, China. Namun, sekembalinya dari China pada 28 Mei 2017, kesihatannya makin menurun. Beliau mengalami koma sebelum meninggal dunia pada 1 Jun 2017 di Hospital Mayapada, Jakarta Selatan.[4]